Selepas bekerja lebih kurang 10 tahun, akhirnya Alisa rasa sudah sampai masanya dia menceburi bidang pekerjaan yang lain. Dengan pengalaman dan kenalan yang telah dia peroleh sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, dia ingin menceburi bidang kewartawanan, sebagai wartawan bebas. Mari kita lihat pada beberapa pengaturan kewangan yang perlu disediakan sebelum kita mengambil keputusan untuk bekerja secara persendirian.

Alisa tidak sabar menanya ayahnya sama ada dia terasa kesal dengan keputusannya, lalu ayahnya menjawab tidak. Dia amat menyukai kerjanya kerana dia dibayar untuk melakukan apa yang digemari. – yakni mengurus kewangan! Walau bagaimanapun, dia memberitahu Alisa bahawa jika dia bercadang untuk berbuat demikian, dia perlu tahu mengenai 4 “P” untuk menjadi seorang usahawan, sesuatu yang dia dengar daripada rakan baiknya, seorang usahawan.
Keghairahan
Adam menasihati anaknya bahawa jalan ke arah kejayaan lebih mudah jika dia ghairah dalam apa yang dilakukannya. Pendek kata, setiap pagi anda beria-ria pergi ke kerja dan betul-betul menikmati apa yang anda lakukan dan anda seolah-olah lebih bertenaga semasa menghadapi cabaran. Dia dapati bahawa kebanyakan usahawan yang berjaya sangat ghairah dalam apa yang mereka lakukan. Malah apa yang mereka lakukan membayangkan diri mereka yang sebenarnya!Mengikut petikan Richard Carlson: “Perkara-perkara yang lazimnya dianggap mustahak adalah penting, tetapi soalnya di sini adalah tahap kepentingannya. Kejayaan, kesempurnaan, pencapaian, wang, pengiktirafan – anda dapat memiliki kesemuanya tetapi ia bukanlah segala-galanya. Malah,, tanpa adanya rasa ghairah dan perasaan menghargai kehidupan, ia tidaklah mendatangkan makna yang seberapa.”
Pengorbanan
Setakat manakah anda sanggup Berkorban untuk menjadi usahawan yang berjaya? Adam dapati ramai orang muda cuma ingin menjadi bos mereka sendiri tetapi tidak sanggup bekerja keras dan membuat pengorbanan. Sebenarnya, anda mungkin perlu bekerja lebih keras lagi dalam tahun-tahun yang awal dan tanggapan bahawa anda akan mempunyai lebih banyak masa buat diri anda atau keluarga anda adalah salah. Pengorbanan perlu dibuat untuk segala-galanya dan untuk menjadi usahawan yang berjaya, juga memerlukan banyak pengorbanan.Rancang
Dalam apa jua yang anda lakukan, anda harus ‘Rancang kerja anda, dan laksanakan rancangan anda’ Malah ini lebih penting lagi apabila melibatkan Rancangan dan Strategi Perniagaan yang disusun dengan baik. Anda harus ketahui bagaimana anda akan menghasilkan wang dan dapat meramalkan perbelanjaan perniagaan dan keperluan modal anda. Anda juga perlu menyelesaikan segala kemusykilan apabila anda dijangka untuk mendapat semula harga pulangan modal dan mempunyai pelan kontingensi, kalau-kalau berlakunya perkara yang di luar dugaan. Kita biasanya dengar tentang klise, “ Orang tidak Merancang untuk gagal, mereka cuma gagal untuk Merancang!”Jumlah Pokok atau Modal
Akhir sekali, sumber-sumber kewangan anda adalah penting. Sebahagian besar perniagaan memerlukan komitmen modal yang besar dan anda mesti memastikan bahawa anda mempunyai dana tambahan yang secukupnya. Pertama sekali, pastikan anda mempunyai sumber-sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi perbelanjaan tetap anda selama 6-12 bulan. Kemudian, anda perlu menganggarkan perbelanjaan modal awalan yang diperlukan untuk membuka kedai anda dan untuk menjalankan perniagaan. Seterusnya, aliran tunai perniagaan anda, sekurang-kurangnya harus mampu menanggung semua kos menjalankan perniagaan seperti sewa, gaji, utiliti dan yang paling penting, boleh membayar para si piutang tepat pada masanya.Ada beberapa cara untuk memperoleh dana – minta sedekah, buat pinjaman atau menggunakan tabungan anda! Sudah pasti bergantung pada diri sendiri mungkinlah pilihan terbaik tetapi bukan semua orang yang berkemampuan. Biasanya orang meminjam daripada keluarga dan rakan mereka atau institusi kewangan. Selidiklah terlebih dahulu untuk memperoleh terma-terma kewangan yang terbaik dan ada sebilangan insentif atau pinjaman mudah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bagi jenis-jenis perniagaan tertentu. Memang ada manfaatnya sekiranya anda ada kawan yang bekerja sebagai akauntan ataupun pegawai bank!
Kata-kata Hikmah
Alisa berfikir tentang 4 “P” yang ditekankan oleh ayahnya dan sudah pasti dia mempunyai Keghairahan dan sanggup Berkorban untuk mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, dia masih perlu berfikir tentang Rancangan perniagaannya dan menghitung semua perkara yang berhubung kait dengan kewangan bersama ayahnya. Dan bagi “P” yang keempat, ada kemungkinan besar dia akan memohon pinjaman daripada ayahnya, kalau bukan ayahnya dari siapa lagi! Dalam apa jua keadaan, usahanya memerlukan sedikit modal dan dia beranggapan jika dia mampu mengekalkan kos overhed yang rendah, dia dapat mengusahakannya. Inilah MASANYA!Bagaimana dengan anda? Adakah terlintas di fikiran anda untuk menjadi bos sendiri sejak kebelakangan ini? Ini tentunya saranan yang menarik tetapi seperti kebanyakan perkara di dalam hidup kita, ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Fikirlah tentang 4 “P” yang disebutkan di atas sebelum anda mengemukakan surat peletakan jawatan anda dan apabila anda telah membuat keputusan, teruskan dengan SEMANGAT MEMBARA untuk mencapai kejayaan, BOS!
Nasihat Ayah:
- Penuh Bersemangat Dalam Segala Yang Anda Dilakukan
- Sanggup Berkorban untuk Kecapi Kejayaan
- Rancang Kerja Anda dan Perinci Rancangan Anda.
- Pastikan anda mempunyai Sumber Kewangan yang cukup untuk menyara kehidupan anda pada tahun-tahun permulaan.
0 comments:
Post a Comment